Monday 23 May 2016

[Video] Usah dirayu lagi...Biarkan kita berentap dengan PAS, kata Khalid

Isnin, 23 Mei 2016

Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.
Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.
Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.
"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai kesediaan AMANAH untuk bertanding di dua pilihan raya kecil berkenaan.
Azmin sebaliknya hanya berkata, sebarang keputusan akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
"Kita akan bincang dalam Majlis Presiden," katanya.
Bagaimanapun Azmin memberitahu belum ada tarikh muktamad ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu.

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena